Kempen Internet Selamat (KIS) Bersama Persatuan Sindrom Down Perlis

14 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Tarikh : 14 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Persatuan Sindrom Down Negeri Perlis, Kangar.

Kempen Internet Selamat (KIS), sebuah inisiatif nasional bertujuan memperkukuh kesedaran serta keupayaan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital yang semakin membimbangkan.

Kempen ini memfokuskan kepada isu-isu utama seperti buli siber, penipuan atas talian, perjudian digital serta kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang dilihat semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali